Ahad, 18 September 2016
Khamis, 15 September 2016
10.9 RANCANG BAJET DAN REKOD KEWANGAN
CONTOH 1 :
: Saya ingin membeli kasut sukan itu dengan wang simpanan saya.
: Kalau begitu, kamu hendaklah merancang bajet mulai sekarang. Bila agaknya kamu akan dapat membeli kasut itu ?
BAJET SAYA
:Saya catatkan pendapatan dan perbelanjaan untuk membeli kasut yang saya idamkan.
SIMPANAN TERKUMPUL MINGGUAN APRIL 2016
:Anggaran simpanan saya dalam seminggu ialah RM15. Kasut idaman saya itu berharga hampir RM60.
:Jadi, kamu bolehlah membelinya mengunakan wang simpanan kamu dalam tempoh 4 minggu.
10.8.1 LATIHAN KENALI FAEDAH
SOALAN :
Jadual di bawah menunjukkan wang simpanan Puan Faridah di sebuah bank.
a) Nyatakan nilai faedah mudah pada tahun pertama?
b) Berikan faedah kompaun pada tahun kedua dan nyatakan wang simpanan Puan Faridah pada akhir tahun kedua.
c) Perhatikan nilai faedah kompaun dan nilai faedah mudah. Apakah kesimpulan yang anda boleh buat?
10.8 KENALI FAEDAH
CONTOH 1 : SITUASI DI BANK
: Selamat pagi. Saya ingin mengemaskini buku akaun ini.
: Baiklah, sila tunggu sebentar.
(Beberapa minit kemudian)
Encik, buku akaun encik telah dikemaskini.
: Oh, terima kasih. Edin, lihat wang simpanan ayah telah bertambah dari RM10000 menjadi RM10200.
:Bagaimankah wang itu boleh bertambah , ayah?
: Begini, Edin. Bank telah memberi kadar faedah sebanyak 2% setahun. Jadi, faedah mudah yang diterima oleh ayah ialah RM200.
FAEDAH KOMPAUN
: Lihat. Jika wang itu tidak dikeluarkan pada tahun ini, ayah akan dapat faedah kompaun sebanyak RM204 pada tahun kedua.
Langgan:
Catatan (Atom)